Viki Bekerjasama Dengan MSN Malaysia – Menawarkan Kandungan Video Kepada Pengguna Tempatan

Viki Bekerjasama Dengan MSN Malaysia – Menawarkan Kandungan Video Kepada Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Ogos 3, 2012 oleh .

Umum mungkin sedia kenali akan laman video popular, Viki, yang mana membawakan pelbagai kandungan video menarik, seperti drama dan filem daripada pelbagai negara padanya. Dan kini, laman tersebut mengumumkan kerjasama bersama MSN Malaysia, sekaligus menawarkan kandungan mereka kepada pengguna tempatan melaluinya.

Melalui kerjasama ini, ia akan membolehkan para pengguna tempatan mengakses kepada pelbagai kandugan premium, termasuk rancangan televisyen, filem dan juga drama bersiri melaluinya. Disamping itu, perkhidmatan muzik video daripada Viki juga turut sama boleh kelak diakses.

Daripada apa yang kami cuba sendiri, beberapa video yang sebelum ini dikhaskan kepada pengguna negara lain, turut sudah boleh diakses, selain aplikasi Viki untuk iOS dan juga Android boleh dimuat-turun pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN