Video Windows 8 Enterprise N Dipertontonkan Bersama Aplikasi Baru Padanya

Video Windows 8 Enterprise N Dipertontonkan Bersama Aplikasi Baru Padanya

Diterbitkan pada Ogos 4, 2012 oleh .

Bagi yang mengikuti perkembangan sistem operasi Windows 8 daripada Microsoft, semestinya terbaca akan berkenaan dengan versi Windows 8 Enterprise N yang tertiris ke arena web pada awal pagi semalam. Kini, lanjutan daripada itu, beberapa pengguna telah pun sedia mencubanya, dan sebuah video ringkas berkenaan dengannya turut dikongsikan.

Daripada apa yang kelihatan, ia menunjukkan prestasi yang amat lancar, selain aplikasi terbina yang didatangkan bersama-sama dengannya berfungsi sepenuhnya. Animasi pada desktop turut dikekalkan, menjadikannya masih menarik apabila digunakan dalam mod desktop, selain daripada mod antaramuka Metro.

Walaupun video yang disediakan tidak menyertakan sebarang komentar, namun daripada apa yang diperlihatkan, ia kelihatan amat menarik sekali.

Mungkin lebih banyak maklumat mengenainya akan diketahui dalam hari-hari akan datang ini.


TIPS & ULASAN