E-Sentral Memperkenalkan Sokongan Pembacaan Melalui Pelayar Web

E-Sentral Memperkenalkan Sokongan Pembacaan Melalui Pelayar Web

Diterbitkan pada Ogos 4, 2012 oleh .

E-Sentral, sebelum ini hadir dengan produk mereka yang membolehkan para pengguna membeli dan memuat-turun ebook terus kepada peranti iOS mereka. Walaupun tiada sebarang pengenalan untuk platform Android mahupun Blackberry PlayBook, mereka kini beralih dengan memfokuskan pengguna desktop.

Terkini, pembangunnya memperkenalkan E-Sentral Reader, yang membolehkan para pengguna membaca terus daripada pelayar web. Namun, agak mendukacitakan memandangkan ia hanya menyokong Firefox sahaja buat masa ini. Pada Chrome, ia kelihatan tidak beroperasi sepenuhnya, dan menghadapi beberapa masalah ketika mengakses laman E-Sentral Reader.

Buat masa ini, kami masih tidak mengetahui apakah aplikasi berasaskan web ini relevan ataupun tidak, memandangkan mereka yang gemar membaca tidak menghabiskan masa yang lama menatap monitor dan skrin komputer mereka. Apatah lagi apabila ia tidak menyokong beberapa pelayar web utama pada hari ini. Namun, mungkin pembangunnya mempunyai alasan tersendiri untuknya.

Bercakap mengenai Windows 8 pula, pihak e-Sentral mensasarkan untuk memperkenalkan aplikasi khas untuknya, selain daripada aplikasi untuk Android yang turut disasarkan untuk pelancaran bulan Oktober kelak.

Sementara itu, mungkin anda boleh layari e-Sentral Reader versi web dan mula membeli dan membaca buku terus melaluinya.


TIPS & ULASAN