Cari @ Amanz

HP Touchpad merupakan satu-satunya tablet menjalankan webOS, yang mana dimatikan sebelum ia sempat dilancarkan di pasaran Malaysia. Namun, walaupun ia dimatikan oleh HP, tablet tersebut masih kekal menerima sokongan dari para pembangun, dan terkini sokongan Jelly Bean padanya dipertontonkan.

Sokongan Jelly Bean hadir kepada TouchPad melalui sokongan CyanogenMod 10 yang masih dalam pembangunan. Buat masa ini, beberapa perkara tidak disokong sepenuhnya, termasuk aplikasi kamera, sokongan audio, dan beberapa perkara lagi. Sokongan memainkan game juga tidak disertakan sepenuhnya lagi padanya.

Namun, memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan, kesemua perkara ini adalah salah satu perkara yang dijangka, dan mungkin kita akan dapat melihat sokongan yang lebih baik dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd