Facebook Groups Membawakan Fungsi Untuk Melihat Siapakah Yang Melihat Sesuatu Kemaskini Status

Facebook Groups Membawakan Fungsi Untuk Melihat Siapakah Yang Melihat Sesuatu Kemaskini Status

Diterbitkan pada Ogos 4, 2012 oleh .

Sama seperti kebanyakkan gergasi web, Facebook juga sentiasa menguji pelbagai fungsi baru pada laman sosial terkemuka mereka itu. Dan kini, ia kelihatan pada Facebook Groups, ia memperlihatkan siapakah yang melihat sesuatu kemaskini itu bersama-sama dengan waktu ianya dilihat.

Ia masih tidak diketahui bagaimanakah algoritma Facebook berfungsi untuknya, sama ada sekiranya ia dipaparkan pada News Feed sahaja, ataupun sekiranya para pengguna membukanya.

Mungkin kelak, ia akan diperkenalkan kepada semua Facebook Groups secara berperingkat. Dan semestinya ia akan membawakan kepada perbincangan hangat mengenai privasi sekiranya diperluaskan kepada profil dan sebagainya. Dahulu, Friendster pernah mempunyai fungsi seumpamanya, membolehkan para pengguna melihat siapakah melihat sesuatu profil.

Tips daripada Faiz.


TIPS & ULASAN