McDonald’s Malaysia Menawarkan Pesanan Melalui Web Untuk Pelanggan Selangor Dan Kuala Lumpur

McDonald’s Malaysia Menawarkan Pesanan Melalui Web Untuk Pelanggan Selangor Dan Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Ogos 4, 2012 oleh .

Lanjutan daripada laporan kami sebelum ini, kini McDonald’s Malaysia telah pun menambah sebuah laman khas, dinamakan sebagai McDelivery, membolehkan para pengguna tempatan membuat pesanan makanan daripada McDonalds terus daripada web.

Namun begitu, lokasi yang disokong buat fasa pertama ini hanyalah Selangor dan juga Kuala Lumpur sahaja. Mungkin ia akan dilanjutkan kepada negeri-negeri yang lain secara berperingkat tidak lama lagi.

Sebaik sahaja membuat pesanan, ia akan memperlihatkan status pesanan anda, membolehkan anda mengetahui sama ada ia masih diproses ataupun telah pun dihantar. Daripada apa yang dikongsikan oleh pengguna lain, pesanan melalui web ini berfungsi dengan baik, dan tidak lagi memerlukan para pengguna membuat panggilan dan sebagainya untuk membuat pesanan.

McDonald’s tidak berkongsikan sebarang maklumat bilakah ia akan diperkenalkan kepada semua negeri di Malaysia. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencubanya, dan berkongsi pengalaman anda bersama kami.

Tips daripada Omar.


TIPS & ULASAN