Samsung Galaxy Note 10.1 Hadir Dengan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich

Samsung Galaxy Note 10.1 Hadir Dengan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich

Diterbitkan pada Ogos 4, 2012 oleh .

Selepas dinantikan ramai sejak diumumkan pada MWC awal tahun ini, kini Samsung Galaxy Note 10.1 telah pun mula kelihatan bersedia untuk dijual, dengan spesifikasi akhirnya dikemaskini dan mengalami beberapa perubahan sejak diumumkan pada MWC tempoh hari.

Galaxy Note 10.1 menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz dan juga GPU Mali-400MP seperti pada Galaxy S3. Disamping itu, ia juga didatangkan bersama-sama memori sebanyak 2GB RAM, skrin bersaiz 10.1-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.9-megapixel serta sokongan S-Pen padanya.

Selain daripada dijana menggunakan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich dan antaramuka TouchQix 4.0, ia juga turut didatangkan dengan pelbagai aplikasi terbina Samsung, serta turut didatangkan dengan aplikasi Adobe Photoshop Touch secara percuma bersama dengannya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Galaxy Note 10.1 ini akan hadir ke Malaysia, dan berapakah harga jualannya di Malaysia.


TIPS & ULASAN