Nokia Lumia X Dengan Rekabentuk Seumpama Nokia 5700 Akan Diperkenalkan?

Nokia Lumia X Dengan Rekabentuk Seumpama Nokia 5700 Akan Diperkenalkan?

Diterbitkan pada Ogos 5, 2012 oleh .

Umum sedia maklum akan yang mana Nokia akan menjadi antara yang terawal dengan peranti Windows Phone 8. Namun bagaimanakah rekabentuk perantinya kelak? Kini, ura-ura awal memperlihatkan, Nokia akan hadir dengan peranti bernama Lumia X, yang mana rekabentuknya menyerupai Nokia 5700 sebelum ini.

Kesahihan perkara ini tidak diketahui sepenuhnya. Namun, daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan Lumia X ini akan membawakan cip pemprosesan Snapdragon S4, skrin HD Amoled Clear Black, kamera 8-megapixel yang boleh diputarkan, serta kekunci khas untuk kawalan permainan dengan mudah.

Selain daripada Lumia X, ia juga dikatakan Nokia akan hadir kembali dengan siri telefon N-GAGE, tetapi dengan menggunakan Windows Phone 8 padanya, dan berkemungkinan akan memberikan fokus penuh pada sokongan Xbox Live.

Walaupun perkara ini sukar dipercayai buat masa ini, namun sekiranya ia benar-benar membawakan rekabentuk yang sedikit berbeza dengan kebanyakkan telefon pintar pada masa sekarang ini, mungkinkah ia akan mendapat permintaan, disamping memperlihatkan kebolehan Windows Phone 8 untuk pelbagai tujuan berbeza?


TIPS & ULASAN