Domain .MY Yang Aktif Melangkaui Angka 200,000

Domain .MY Yang Aktif Melangkaui Angka 200,000

Diterbitkan pada Ogos 5, 2012 oleh .

Setelah membuka pendaftaran domain .MY kepada umum pada tahun 2008, kini domain berdaftar yang aktif dengan akhiran .MY telah pun melangkaui 200,000, sekaligus memperlihatkan arena web dan internet di Malaysia yang semakin berkembang positif dari hari ke hari.

Sehingga artikel ini ditulis, bilangan nama domain .MY yang aktif adalah sebanyak 200,162, yang mana turut menyertakan domain dengan akhiran .com.my, .net.my, .org.my, .edu.my, .mil.my dan juga .gov.my.

Angka ini semestinya amat bermakna buat .my Domain Registry (dahulunya dikenali sebagai MYNIC), yang mana merupakan pendaftar dan badan yang menguruskan domain .MY di Malaysia. Pada tahun ini juga, mereka meraikan ulang tahun ke-25, selain turut mengadakan promosi khas bersempena dengan bulan kemerdekaan ini.


TIPS & ULASAN