WordPress Kini Meliputi 16.7% Web

WordPress Kini Meliputi 16.7% Web

Diterbitkan pada Ogos 5, 2012 oleh .

Bagi para pengguna WordPress, semestinya mengenali akan WordCamp, salah satu acara yang diadakan di seluruh dunia membincangkan mengenai pelbagai perkara berkaitan WordPress. Dan acara utama WordCamp, semestinya adalah di WordCamp San Francisco, dimana kelihatan pembangun WordPress berkongsi pelbagai data menarik berkaitan dengan platform tersebut.

Daripada apa yang dikongsikan oleh Matt Mullenweg pada “State of the Word” hari ini, WordPress digunakan dengan meluas di web, dimana sebanyak lebih daripada 16.7% laman di dunia web menggunakannya, salah satu angka yang besar dan berkembang dari hari ke hari.

Selain daripada angka muat-turun WordPress sendiri yang tinggi, Matt juga berkongsi mengenai aplikasi mudah-alih mereka. Aplikasi mudah-alih WordPress kini disediakan pada lebih daripada 6 platform, dan ia telah dimuat-turun sebanyak lebih daripada 5 juta kali keseluruhannya.

Buat masa ini, versi stabil yang boleh dimuat-turun oleh para pengguna adalah WordPress 3.4, dan versi terbaru untuk WordPress, iaitu versi 3.5 akan dikeluarkan pada bulan Disember kelak.


TIPS & ULASAN