Ubah Desktop Windows Anda Menyerupai Jelly Bean Dengan Mudah

Ubah Desktop Windows Anda Menyerupai Jelly Bean Dengan Mudah

Diterbitkan pada Ogos 5, 2012 oleh .

Bagi para pengguna Android, mungkin anda gemari akan rekabentuk yang dibawakan Android 4.1 Jelly Bean, dan ingin menggunakannya pada komputer Windows anda. Kini, anda boleh melakukannya dengan mudah, melalui Jelly Bean Skin Pack untuk Windows.

Sama seperti kebanyakkan tema lain, seperti Mountain Lion untuk Windows dan beberapa yang lain, ia memberikan nafas baru kepada desktop Windows anda, membawakan beberapa perubahan, termasuk daripada gambar latar, ikon aplikasi, dan beberapa widget tambahan, seumpama yang terdapat pada Android. Skrin boot untuknya juga turut sama dijadikan serupa dengan apa yang terdapat pada Android.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Jelly Bean Skin Pack untuk Windows anda, dan mencubanya sendiri hari ini. Ia juga ditawarkan dalam variasi pilihan 32-bit dan juga 64-bit.


TIPS & ULASAN