Cari @ Amanz

Lanjutan daripada perlawanan badminton yang diadakan di Sukan Olimpik yang berlangsung di London, kini salah sebuah kumpulan pengodam tempatan nampaknya telah menambah sebuah fail khas pada laman Baskin Robbins Malaysia, dengan mesej berkaitan kekalahan Lee Chong Wei.

Dalam perlawanan akhir Chong Wei menentang Lin Dan, beliau tewas pada set ketiga dengan mata sebanyak 19-21, membuatkan Chong Wei terpaksa pulang dengan pingat perak. Namun begitu, semangat yang diperlihatkan beliau menerima pujian rakyat Malaysia, disamping sokongan yang dinyatakan ramai melalui laman sosial, terutamanya Twitter dan Facebook.

Sebelum ini, Baskin Robbins mengumumkan, sekiranya Malaysia memenangi emas, mereka akan memberikan ais krim percuma pada semua Baskin Robbins di seluruh Malaysia pada 8 Ogos ini, bermula 8 malam sehingga 10 malam.

Selain daripada Chong Wei, terdapat beberapa atlit yang lain lagi turut serta dalam acara Olimpik, dan salah seorangnya adalah Azizulhasni yang akan bersaing dalam acara Keirin esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd