Tablet Misteri Daripada HP Mula Kelihatan Pada Laman Rasmi HP.com

Tablet Misteri Daripada HP Mula Kelihatan Pada Laman Rasmi HP.com

Diterbitkan pada Ogos 6, 2012 oleh .

Setelah gambar tablet daripada HP kelihatan sebelum ini melalui sebuah video promosi mereka, kini tablet tersebut kelihatan kembali melalui halaman Make It Matter di laman rasmi HP, sekaligus ramai membuat spekulasi adakah tablet itu adalah sesuatu yang benar dan akan dipasarkan oleh HP tidak lama lagi.

Daripada iklan sebelum ini, dan gambar terbaru yang memperlihatkan seorang doktor menggunakannya, ia juga diperkatakan berkemungkinan tablet tersebut tidak mensasarkan penggunan biasa, sebaliknya mensasarkan kepada pengguna perusahaan dan profesional.

HP sendiri pernah mengatakan mereka akan hadir dengan tablet Windows 8 (versi penuh dan bukannya versi RT), namun tidak memberikan sebarang komen lanjut berkaitan dengannya. Mengikut ura-ura sebelum ini, ia dikatakan HP bakal memperkenalkan Slate 8, namun tiada sebarang informasi lanjut berkaitan dengannya.

Windows 8 disasarkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober kelak, dan mungkin kita akan dapat melihat HP melancarkan tablet mereka bersama pada tarikh tersebut. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN