Lebih Banyak Versi Windows 8 Yang Mula Tertiris Ke Arena Internet

Lebih Banyak Versi Windows 8 Yang Mula Tertiris Ke Arena Internet

Diterbitkan pada Ogos 6, 2012 oleh .

Selepas Windows 8 Enterprise N tersebar di arena web beberapa hari sebelum ini, kini lebih banyak versi yang mula tersebar, dan terbaru antaranya adalah Windows 8 Enterprise versi x64 dan juga x86. Kedua-duanya disahkan adalah versi sebenar oleh beberapa orang pengguna.

Berbeza dengan versi N sebelum ini yang tidak menyertakan beberapa aplikasi dan fungsi, seperti sokongan Windows Media Player dan sebagainya, melalui versi terbaru yang tertiris ke arena web ini, ia menyertakan kesemuanya. Dan ia juga kelihatan tidak memerlukan sebarang kata laluan mahupun kekunci (serial number) untuk menggunakannya.

Untuk makluman, Windows 8 akan menemui para pengguna umum pada 26 Oktober kelak, dimana bagi para pelanggan MSDN, mereka akan dapat mengaksesnya bermula daripada 15 Ogos ini.


TIPS & ULASAN