Pelan Dan Perkhidmatan HSBB Daripada Celcom Diperlihatkan

Pelan Dan Perkhidmatan HSBB Daripada Celcom Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 6, 2012 oleh .

Selain daripada Maxis yang menawarkan pakej jalur-lebar berkelajuan tinggi berwayar, Maxis Home, nampaknya, Celcom turut sama akan menyertai industri yang serupa, dengan perkhidmatan terbaru mereka dipanggil Celcom Home First.

Celcom Home First akan membawakan perkhidmatan seumpama Maxis Home, menawarkan internet berkelajuan tinggi, serta panggilan percuma beberapa minit untuk talian Celcom Postpaid anda (sekiranya ada).

Daripada pelan yang diperlihatkan, Celcom membawakan pelan Lite pada harga RM128 dengan internet kelajuan sebanyak 4Mbps dan juga kuota penggunaan sebanyak 40GB sebulan. Dari segi harga, boleh dikatakan Maxis masih mendahului dengan tawaran promosi pada harga RM148 untuk pakej 10GB, manakala dari kawasan liputan pula, memandangkan kedua-duanya menggunakan rangkaian TM HSBB, maka kawasan liputan kedua-dua pihak adalah sama. Tetapi memandangkan Maxis mempunyai penambahan kawasan liputan mereka sendiri, dimana mereka menambah kabel HSBB mereka dibeberapa kawasan, maka liputan yang diterima oleh Maxis mungkin lebih tinggi berbanding Celcom.

Buat masa ini, bilakah Celcom akan memulakan perkhidmatan HSBB mereka masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun daripada apa yang kelihatan, mungkin kita dapat melihat Celcom mengumumkannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN