Galaxy Note 10.1 Diumumkan Dan Diperkenalkan Oleh Samsung

Galaxy Note 10.1 Diumumkan Dan Diperkenalkan Oleh Samsung

Diterbitkan pada Ogos 6, 2012 oleh .

Setelah pelbagai ura-ura kita dengar mengenai Galaxy Note 10.1 sebelum ini, hari ini, Samsung secara rasminya memperkenalkan peranti tersebut melalui saluran YouTube mereka, dengan memuat-naik video pengenalan dan pelancaran Samsung Galaxy Note 10.1.

Galaxy Note 10.1 membawakan skrin bersaiz 10.1-inci, dan memfokuskan kepada kreativiti dan produktiviti. Dari segi spesifikasi pula, ia membawakan cip pemprosesan empat teras 1.4GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.9-megapixel, bateri berkapasiti 7000mAh dan dijana menggunakan Android Ice Cream Sandwich.

Galaxy Note 10.1 membawakan S-Pen seperti Note sebelum ini, membolehkan anda mengawal pelbagai perkara dengan mudah, disamping melukis dan menggunakan Adobe Photoshop Touch yang didatangkan secara percuma padanya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dijual di Malaysia. Namun, mengikut beberapa spekulasi, berkemungkinan kita akan dapat melihatnya dalam sebulan dua lagi.


TIPS & ULASAN