Peranti Pertama Windows Phone 8 Daripada Nokia Bakal Diumumkan Bulan Hadapan

Peranti Pertama Windows Phone 8 Daripada Nokia Bakal Diumumkan Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 6, 2012 oleh .

Dengan Nokia yang merupakan rakan eksklusif Microsoft untuk Windows Phone, kini laporan awal mengatakan Nokia bakal memperkenalkan peranti pertama Windows Phone 8 seawal bulan hadapan, sebelum acara Apple yang diura-ura akan diadakan pada 12 September kelak.

Walaubagaimanapun, mengikut Bloomberg, Nokia hanya akan mengumumkan peranti Windows Phone 8 mereka, dan akan mula menjualnya sekitar November atau Disember sahaja.

Laporan ini adalah lanjutan dan selari daripada ura-ura sebelum ini, mengatakan Nokia bakal hadir dengan dua peranti baru, iaitu Lumia 910 dan Lumia 920 bersama-sama dengan Windows Phone 8 pada bulan September kelak.

Antara ciri-ciri baru yang boleh dinantikann semestinya adalah termasuk sokongan NFC dan juga cip pemprosesan yang lebih berkuasa daripada sedia ada.

Pihak Nokia tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan perkara ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN