Galaxy S3 Bakal Menerima Kemaskini Jelly Bean Sebelum Penghujung Tahun Ini

Galaxy S3 Bakal Menerima Kemaskini Jelly Bean Sebelum Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Ogos 7, 2012 oleh .

Lanjutan daripada ura-ura sebelum ini mengenai kemaskini Jelly Bean untuk Galaxy S3, kini ia diperkatakan ujian dalaman untuknya telah pun berjaya ditamatkan, dan versi untuk para pengguna umum dijangka akan diperkenalkan pada penghujung suku tahun ketiga ini, atau awal suku tahun ke empat kelak.

Apa yang pasti daripada laporan yang dikeluarkan adalah Samsung Galaxy S3 akan menerima kemaskini Android 4.1 Jelly Bean sebelum tamatnya tahun ini.

Selain daripada samsung Galaxy S3, peranti generasi sebelumnya, iaitu Galaxy S2 dan juga Galaxy Note turut sama akan menerima kemaskini Jelly Bean, sebaik sahaja Galaxy S3 menerimanya.

Galaxy Note 2 yang bakal diumumkan oleh Samsung pada penghujung bulan ini pula, masih tidak dapat dipastikan akan menggunakan Jelly Bean ataupun Ice Cream Sandwich padanya kelak.


TIPS & ULASAN