Cari @ Amanz

Nampaknya, Apple bukan sahaja tidak menyukai platform Android yang menyaingi iOS dari hari ke hari, tetapi turut tidak menyukai aplikasi daripada Google didatangkan terbina pada iOS. Selepas membuang Google Maps pada iOS 6, ia juga disahkan Apple akan membuang aplikasi YouTube terbina padanya.


Tiada lagi YouTube pada iOS 6 [via]

Perkara ini disahkan sendiri oleh Apple, dan versi beta terkini iOS 6 tidak lagi menyertakan aplikasi YouTube padanya.

Menurut Apple, lesen penggunaan YouTube pada iOS 6 telah pun tamat, dan mungkin Apple tidak ingin memperbaharuinya. Ini mungkin serba sebanyak memberi kesan kepada para pengguna, yang memerlukan mereka memasuki laman YouTube secara manual daripada pelayar web mereka.

Namun, dari segi positifnya, Google mungkin akan hadir dengan aplikasi YouTube mereka tersendiri, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik daripada apa yang ditawarkan oleh Apple sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd