Walaupun hanya pulang dengan pingat Perak di Sukan Olimpik, namun Lee Chong Wei berjaya memenangi bukan sahaja hati rakyat, tetapi turut memenangi hati para pengguna Twitter seluruh dunia. Daripada laporan yang dikeluarkan, Chong Wei menerima lebih setengah juta Mention di Twitter dalam tempoh 24 jam selepas perlawanan beliau.
Perkara ini lebih dua kali ganda berbanding Lin Dan yang menerima hanya sekitar 238,000 Mention sahaja pada tempoh tersebut. Selain daripada itu, Chong Wei juga menerima lebih daripada 50,000 pengikut baru, serta hashtag #ThankYouLeeChongWei yang menjadi trend ketiga paling popular di dunia.
Menurut Twitter, perkara ini menjadikan Chong Wei menerima lebih daripada 9,200 Mention pada setiap minit, selepas perlawanan tersebut.