Cari @ Amanz

Untuk mendapatkan berita terkini dan informasi lanjut berkaitan sesuatu perkara, para pengguna di seluruh dunia membuat carian informasi pada Google. Berikut merupakan ringkasan keputusan Google Zeitgeist, yang mana memperlihatkan peningkatan tertinggi dari segi peratusan carian sepanjang bulan Julai 2012.

1) Niat puasa/doa berbuka puasa*
Rakyat Malaysia membuat carian berkenaan bulan suci Ramadhan

2) Bonus raya 2012
Penjawat awam bakal menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 pada 9 Ogos ini sempena sambutan Hari Raya.

3) 三国/Three Kingdoms
Peminat-peminat siri televisyen Cina yang berkisarkan zaman Dinasti Han melayari drama tersebut di internet.

4) Ella wedding
Ratu ‘rock’ Malaysia selamat diijabkabulkan dengan juruterbang Azhar Ghazali pada 7 Julai.

5) Olympic 2012
Malaysia menyertai dunia dalam sambutan acara sukan terulung di dunia.

6) Sukma 2012
Sukan Malaysia ke-15 yang telah diadakan di Pahang menyaksikan Terengganu muncul juara untuk kali-4 berturut-turut sejak 2008.

7) Nisfu Syaaban
Umat Islam membuka lembaran amalan baru pada hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.

8) Lagu raya
Rakyat Malaysia memuat turun dan mendengar lagu-lagu raya popular

9) Dark Knight Rises
Filem terakhir trilogi adiwira ini ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 19 Julai.

10) Emma Stone
Heroin filem terbaru ‘Spiderman’ menarik perhatian ramai pihak.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd