Kecilkan Fail Dokumen HTML Anda Menggunakan HTML Cleaner

Kecilkan Fail Dokumen HTML Anda Menggunakan HTML Cleaner

Diterbitkan pada Ogos 7, 2012 oleh .

Pada era dunia web dan internet ini, mengoptimasikan sesuatu halaman web merupakan salah satu perkara utama dikalangan pembangun web, sekaligus mengurangkan masa pemuatan, serta mengekalkan saiz dokumen web pada kadar minimum. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu aplikasi yang berguna adalah HTML Cleaner.

HTML Cleaner membolehkan anda mengoptimasikan fail HTML dengan mudah, dimana ia membuang sebarang aksara tambahan pada dokumen HTML anda, seperti ruangan kosong, tag yang tidak digunakan, komen dan sebagainya.

Anda turut sama boleh menetapkan pilihan anda, supaya ia mengoptimasikannya mengikut pilihan anda sendiri. Daripada ujian ringkas, ia mengantikan beberapa penggunaan tag panjang kepada yang lebih pendek, seperti ‹strong› dijadikan ‹b›, dan beberapa lagi yang berkaitan. Anda juga mungkin perlu perhatian kepada bahagian pengoptimasian, memandangkan kadang-kala ia mengantikannya dengan tag yang berbeza dan mungkin berbeza sedikit daripada tetapan awal.

Sebaik sahaja selesai, anda terus boleh melihat hasilnya pada pelayar web terbina padanya, memudahkan untuk anda melakukan perubahan dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun HTML Cleaner secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam mengoptimasikan dokumen HTML anda.


TIPS & ULASAN