Rekabentuk Kotak Untuk Sistem Operasi Windows 8 Diperlihatkan

Rekabentuk Kotak Untuk Sistem Operasi Windows 8 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 7, 2012 oleh .

Bagi mereka yang selalunya membeli sistem operasi Windows secara berasingan dalam bentuk fizikal, mungkin anda ternanti akan bagaimanakah rekabentuk kotak untuknya kelak. Kini, gambar awal diperlihatkan dimana kelihatan Microsoft memfokuskan kepada Metro dan juga minimalis pada rekabentuk kotak sistem operasi mereka itu.

Windows 8 kelak, selain didatangkan terbina dalam komputer dan juga tablet baru, ia juga akan dijual dalam bentuk kemaskini kepada pengguna Windows XP, Vista dan juga Windows 7, dimana ditawarkan pada harga hanya $39.99 sahaja.

Selain daripada pengguna sedia ada, bagi mereka yang baru membeli komputer dengan Windows 7, mereka akan boleh mengemaskininya pada harga serendah $14.99 dan menggunakan pelbagai fungsi baru yang disertakan bersama Windows 8.

Windows 8 bakal dilancarkan kepada para pengguna umum pada 26 Oktober ini, dimana bakal membawakan antaramuka Metro, selain pelbagai fungsi menarik lain, termasuk integrasi SkyDrive dan sebagainya.


TIPS & ULASAN