Peranti Bersaiz 5-inci Daripada HTC Bakal Menggunakan Snapdragon S4 1.5GHz

Peranti Bersaiz 5-inci Daripada HTC Bakal Menggunakan Snapdragon S4 1.5GHz

Diterbitkan pada Ogos 7, 2012 oleh .

Lanjutan daripada ura-ura berkaitan peranti bersaiz 5-inci daripada HTC, kini peranti tersebut telah pun turut disertakan pada laman GLBenchmark, sekaligus memperlihatkan beberapa spesifikasi yang didatangkan bersama-sama dengannya.


Konsep HTC One XXL [via]

Daripada laman GLBenchmark, ia memperlihatkan ia akan membawakan resolusi seperti yang dilaporkan sebelum ini, iaitu 1794×1080 pixel, disamping turut menggunakan cip pemprosesan Snapdragon S4 pada kelajuan 1.5GHz. Ia juga akan menggunakan sistem operasi Android, dimana pada laman ujian tersebut, ia dipaparkan menggunakan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich, yang mana mungkin berubah ketika pengumumannya nanti.

Peranti ini bakal bersaing dengan peranti seumpama Galaxy Note dan lain-lain kelak. HTC dijangka akan mengumumkannya pada bulan September atau Oktober kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN