Cari @ Amanz

Dengan laporan mengatakan Nokia bakal memperkenalkan peranti Windows Phone 8 mereka seawal bulan September kelak, kini beberapa gambar peranti prototaip kelihatan. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan dengannya yang diketahui, mahupun dikongsikan bersama dengan gambar tersebut.

Dari segi rekabentuk sendiri, ia tidak membawakan sebarang perubahan yang besar. Cuma daripada paparan skrin, ia boleh dikatakan ia menjalankan Windows Phone 8 ataupun Windows Phone 7.8. Memandangkan Windows Phone 7.8 akan menjadi versi untuk peranti sedia ada, berkemungkinan Nokia tidak akan membazirkan peluang mereka dengannya.

Nokia sebelum dilaporkan bakal memperkenalkan peranti Windows Phone 8 mereka pada minggu pertama September kelak, beberapa hari sebelum acara tahunan Apple diadakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd