Google Mengekalkan Format Doodle Berbentuk Permainan Bersempena Sukan Olimpik

Google Mengekalkan Format Doodle Berbentuk Permainan Bersempena Sukan Olimpik

Diterbitkan pada Ogos 8, 2012 oleh .

Setelah kejayaan doodle yang boleh dimainkan semalam, kini Google sekali lagi hadir dengan doodle yang boleh dimainkan, bersempena dengan Sukan Olimpik. Namun, berbeza, buat kali ini mereka memfokuskan kepada sukan bola keranjang.

Melalui doodle terbaru ini, Google membolehkan para pengguna bermain dengan menjaringkan seberapa banyak bola dalam masa yang singkat, dimana dari semasa ke semasa, jarak pemain dijauhkan sedikit demi sedikit.

Selesai sahaja masa tamat, para pengguna diperlihatkan dengan markah, dan juga didatangkan dengan sokongan untuk berkongsi terus ke halaman Google+, sama seperti sebelum ini.

Bagi anda yang telah memainkannya, jangan lupa berkongsi skor anda bersama kami melalui ruangan komen dibawah.


TIPS & ULASAN