Cari @ Amanz

Beberapa minggu lepas kami berkesempatan mencuba telefon pintar HTC Desire C selama seminggu. Telefon pintar ini merupakan telefon pintar di dalam kategori asas di mana ia tidak boleh dibandingkan dengan model berspesifikasi tinggi seperti HTC One X. Untuk makluman, telefon ini merupakan kesinambungan dan penambah-baikan untuk telefon HTC Wildfire S yang pernah popular satu ketika dahulu akan tetapi masih menggunakan pemproses yang sama pada kelajuan 600MHz. Menariknya, telefon ini membawakan paparan antaramuka HTC Sense 4.0 yang terbaru dan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich padanya.

Kelainan

Antara kelainan terhadap HTC Desire C berbanding HTC Wildfire S adalah:

  • Paparan skrin yang lebih cantik dengan paparan antaramuka HTC Sense 4.0 yang terbaru.
  • Dilengkapi sistem suara Beats.
  • Kapasiti storan terbina dalam sebanyak 4GB dan boleh ditambah dengan slot tambahan kad Micro-SD.
  • HTC Desire C tidak mempunyai lampu limpah LED berbanding HTC Wildfire S.
  • Menjalankan Android 4.0 Ice Cream Sandwich.
  • Fungsi kamera dengan penambahan efek ala-ala Instagram.
  • Disertakan dengan beberapa aplikasi terbina seperti Soundhound, Dropbox dan lain-lain.
  • Istimewa untuk pembeli peranti ini akan menerima ruang storan 25GB dari Dropbox selama 2 tahun.

Rekabentuk





Kredit gambar dari Techradar.

Telefon HTC Desire C ini agak kecil dan sedap dipegang oleh kerana saiznya yang bersesuaian dengan tangan penulis. Walaupun kecil, ianya tidak terlalu ringan sehingga boleh terlepas pegang. Umum sedia maklum akan yang mana HTC memiliki sedikit pegangan pada Beats Audio, dan teknologi ini selain daripada digunakan pada pelbagai peranti berspesifikasi tinggi, ia turut sama disertakan pada HTC Desire C. Agak mengejutkan penulis apabila melihat komponen dalaman telefon ini yang sungguh cantik. Ianya sedikit lutsinar dan penulis teruja melihat kekemasan rekaan tersebut.

Harga Jualan

Telefon ini telah mula dijual pada harga RM738 dan juga ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan. Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan turut sama menawarkan peranti ini, dan salah satunya adalah DiGi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd