Ujian iOS 6 Memperlihatkan iPhone Baru Akan Membawakan Skrin Lebih Panjang

Ujian iOS 6 Memperlihatkan iPhone Baru Akan Membawakan Skrin Lebih Panjang

Diterbitkan pada Ogos 8, 2012 oleh .

Dengan pelbagai ura-ura mengatakan Apple bakal membawakan iPhone generasi baru yang sedikit panjang berbanding sedia ada, kini melalui iOS 6 Beta yang diperkenalkan kepada pengguna, ia membawakan salah satu petanda untuknya, dengan membawakan sokongan untuk dijalankan pada resolusi 1136×640 yang diura-ura akan sebelum ini.

Perkara ini diuji oleh pihak 9to5Mac, dimana mereka mencuba simulasi menjalankan iOS 5.1 dan juga iOS 6 pada resolusi 640×1136, dan daripada apa yang diperlihatkan iOS 6, ia memberikan petanda kemungkinan iPhone genrasi baru akan lebih panjang daripada sedia ada.

Selain daripada itu, apabila simulasi tersebut dijalankan pada resolusi 640×1136, barisan aplikasi yang diperlihatkan adalah sebanyak lima berbaris padanya.

Dengan laporan awal mengatakan Apple bakal mengadakan acara khas pada 12 September kelak, mungkin kita akan mendengar lebih banyak ura-ura berkaitan dengannya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN