Counter Strike : Global Offensive Sedia Ditempah Melalui Steam

Counter Strike : Global Offensive Sedia Ditempah Melalui Steam

Diterbitkan pada Ogos 8, 2012 oleh .

Bagi para peminat permainan tembak-menembak, semestinya salah satu permainan yang tidak boleh ditinggalkan adalah Counter Strike. Kini, versi baru permainan tersebut, iaitu Global Offensive bakal dilancarkan sepenuhnya pada 21 Ogos, dan pembangunnya kini membolehkan para pengguna membuat tempahan awal melalui Steam.

CS:GO bakal menyertakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya, selain daripada kemaskini grafik, ia juga turut sama menyertakan peta dan watak baru, serta senjata dan pelbagai perkara lain yang dikemaskini padanya. Selain daripada itu, ia juga akan mengekalkan pelbagai perkara klasik pada permainan tersebut yang diminati ramai.

Daripada Steam, para pemain boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% sekiranya membuat tempahan awal, sekaligus membolehkan para pengguna mendapatkannya pada harga $13.49. Sebaliknya, sekiranya inginkan keseluruhan koleksi permainan tersebut, boleh turut didapati pada harga promosi $18.69 melalui Steam.

Terima kasih Aizan.


TIPS & ULASAN