DSYR Menawarkan Barangan Dengan Rekabentuk Unik Kepada Pengguna Tempatan

DSYR Menawarkan Barangan Dengan Rekabentuk Unik Kepada Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Ogos 8, 2012 oleh .

Terdapat pelbagai barangan penggunaan harian yang didatangkan dengan rekabentuk menarik, yang biasanya sukar untuk didapati di Malaysia. Namun, mungkin perkara tersebut akan berubah tidak lama lagi, dengan laman DSYR yang kini cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut.

DSYR membawakan konsep laman jualan seperti biasa, namun hanya memfokuskan kepada barangan dengan rekabentuk unik dan menarik sahaja. Pada masa yang sama, ia juga turut sama menyertakan diskaun jualan untuk barangan yang ditawarkan, membolehkan para pengguna tempatan mendapatkannya pada harga yang istimewa daripada laman tersebut.

Walaupun baru sahaja dimulakan, ia sudah menawarkan pelbagai barangan menarik, yang mana dikemaskini dengan tawaran penambahan baru dari hari ke hari. Selain daripada itu, laman tersebut turut menyediakan ganjaran kepada para pengguna dengan menawarkan kredit tambahan apabila anda menjemput rakan-rakan menyertainya.

Bagi mereka yang berminat dengan barangan yang unik dan menarik, mungkin boleh melayari laman jual beli DSYR.com hari ini, dan mula membuat pilihan barangan anda.


TIPS & ULASAN