Cari @ Amanz

Dengan Apple yang dikatakan akan memperkenalkan peranti generasi baru mereka pada 12 September kelak, semestinya ramai yang tidak sabar menanti akan telefon pintar iPhone terbaru tersebut. Kini selain daripada pelbagai ura-ura dan sebagainya, gambaran iPhone 5 turut diperlihatkan secara kasar oleh salah seorang perekabentuk.

Gambaran ini dilakukan berdasarkan kepada pelbagai ura-ura yang dikumpulkan dari hari ke hari. Menariknya, gambaran ini turut sama memperlihatkan bagaimanakah ia akan kelihatan kelak apabila dipegang pada tangan dan sebagainya.

Daripada ura-ura yang kedengaran, ia diperkatakan iPhone generasi baru ini kelak akan membawakan rekabentuk yang lebih panjang berbanding dengan peranti sedia ada, bersama-sama dengan dock yang lebih kecil serta headphone jack pada bahagian bawah. Perkara lain yang turut akan disertakan adalah termasuk sokongan NFC dan sebagainya, serta dijana menggunakan iOS 6 padanya.

Jadi, daripada gambaran yang diperlihatkan, apakah pendapat anda berkenaan dengannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd