Windows Essentials 2012 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Windows Essentials 2012 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Ogos 8, 2012 oleh .

Bagi para pengguna produk Windows Live Essentialas, kini anda boleh memuat-turun kemaskini versi terbaru yang dikenali dengan nama Windows Essentials 2012, membawakan kemaskini dan pelbagai fungsi baru untuk aplikasi Windows Live. Menariknya, kemaskini terbaru ini didatangkan dengan sokongan untuk Windows 8, selain daripada Windows 7.

Bagi para pengguna Windows 7, kebanyakkan aplikasi didatangkan terbina pada sistem operasi anda, dan melalui Windows Essentials 2012, ia mengemaskininya dengan beberapa fungsi baru, serta menambah sokongan Family Safety padanya.

Untuk makluman, Windows Essentials 2012 menawarkan aplikasi Messenger, Mail, Writer, Photo Gallery & Movie Maker, Family Safety, dan juga SkyDrive.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang info rasmi berkaitan dengannya. Namun, bagi anda yang berminat boleh memuat-turun ia terus daripada pelayar Microsoft hari ini.


TIPS & ULASAN