Cari @ Amanz

Jikalau untuk para pengguna Linux, salah satu aplikasi popular adalah Wine yang menawarkan sokongan menjalankan aplikasi Windows, kini untuk pengguna Mac OS X pula, anda boleh mencuba PlayOnMac yang menawarkan fungsi lebih kurang sama.

Untuk makluman, PlayOnMac dibangunkan berasaskan kepada Wine dan ditawarkan kepada para pengguna secara percuma, berbeza dengan beberapa aplikasi lain.

Walaupun ia boleh menjalankan pelbagai aplikasi Windows menggunakan PlayOnMac, para pengguna OS X, boleh menyemak sokongan penuh aplikasi yang dibawakan oleh PlayOnMac ini, sebelum mengujinya sendiri dengan pelbagai aplikasi lain.

Jadi, bagi para pengguna Mac OS X yang ingin menjalankan aplikasi Windows dengan mudah pada komputer anda, mungkin boleh memuat-turun PlayOnMac hari ini, dan mengujinya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd