Cari @ Amanz

Bagi mereka yang ingin mengunakan Nexus 7 lebih awal daripada pelancaran rasmi Asus di Malaysia, kini anda boleh membuat pembelian melalui laman IP Mart, dimana melalui laman tersebut, peranti Nexus 7 ditawarkan pada harga bermula RM899 untuk versi 8GB.

Seperti semua sedia maklum, Nexus 7 merupakan peranti pertama dengan Android 4.1 Jelly Bean, membawakan skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280×800, cip pemprosesan Tegra 3 empat-teras, kamera hadapan 1.2-megapixel dan juga 1GB RAM padanya.

IPMart menawarkan kedua-dua versi, iaitu versi 8GB dan juga 16GB, dimana versi 16GB dijual pada harga RM1249, berbanding 8GB yang hanya pada harga RM899.

Buat masa ini, Asus masih tidak mengeluarkan sebarang pengumuman berkaitan bilakah peranti ini akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd