Google Membawakan Sokongan Carian Suara Yang Lebih Baik Kepada Pengguna iOS Dalam Beberapa Hari Lagi

Google Membawakan Sokongan Carian Suara Yang Lebih Baik Kepada Pengguna iOS Dalam Beberapa Hari Lagi

Diterbitkan pada Ogos 9, 2012 oleh .

Nampaknya, sebelum pengguna Android dapat menikmati sokongan carian suara yang dinantikan ramai, Google terlebih dahulu memperkenalkannya kepada para pengguna iOS, yang mana akan ditawarkan melalui AppStore dalam beberapa hari lagi.

Daripada kemaskini yang bakal dibawakan itu, ia menawarkan fungsi seumpama Siri dan Google Now, memudahkan para pengguna membuat carian suara terus pada iPhone, iPad mahupun iPod Touch mereka.

Untuk makluman, ia menggunakan sokongan carian Google serta integrasi fungsi Knowledge Graph yang diperkenalkan oleh Google sebelum ini untuk menjayakan aplikasi ini.

Mungkin selepas ia diperkenalkan kepada para pengguna iOS dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan ketahui juga apakah sasaran Google untuk para pengguna Android pula.


TIPS & ULASAN