Cari @ Amanz

Google, dalam memudahkan para pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, kini bakal turut sama menyertakan hasil keputusan carian daripada GMail pada enjin carian utama mereka, sekaligus memudahkan para pengguna membuat carian info peribadi mereka, yang berkaitan dengan emel yang diterima dan sebagainya.

Keputusan daripada GMail akan diperlihatkan pada bahagian kanan laman, sama seperti Knowledge Graph, sekaligus memudahkan anda melakukan carian emel-emel anda tanpa perlu memasuki halaman GMail seperti sebelumnya.

Walaupun ia akan berkait rapat dengan akaun yang digunakan ketika menggunakan enjin carian Google, munkin perkara ini tidak diminati ramai. Mungkin kelak Google turut sama akan menyertakan sokongan privasi untuk mengelakkan keputusan daripada GMail disertakan. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi berkaitan dengannya.

Sokongan integrasi keputusan daripada GMail ini dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa hari lagi secara berperingkat kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd