Nampaknya, Steam yang popular sebagai hentian untuk membeli permainan dalam bentuk digital mungkin berubah tidak lama lagi, apabila hari ini, Valve mengumumkan yang mana mereka turut sama akan menawarkan aplikasi yang berbentuk kreativiti dan produktiviti menggunakan platform Steam.
Perisian pertama yang bukan berbentuk permainan itu bakal dilancarkan pada Steam pada 5 September kelak. Seperti permainan, ia juga akan mengambil dan menggunakan pelbagai kelebihan Steam, seperti kemaskini automatik, sokongan pelbagai platform dan kemudahan untuk membeli dan memuat-turun padanya.
Pengumuman daripada Valve ini adalah lanjutan daripada pengumuman mereka sebelum ini, iaitu mereka bakal memperkenalkan Steam untuk Linux tidak lama lagi.
Mungkinkah kelak Steam akan menjadi satu perhentian untuk para pengguna membeli perisian digital mereka?