Dengan Windows 8 yang menjelang tiba, semestinya ramai yang menantikan apakah tablet baru yang akan hadir dan ditawarkan pengeluar peranti. Kini, Lenovo bergerak pantas, dengan memperkenalkan tablet Windows 8 pertama mereka, dikenali sebagai ThinkPad Tablet 2.
ThinkPad 2 ini menggunakan cip pemprosesan Intel Atom padanya, sekaligus menandakan akan membawakan Windows 8 Professional, dan bukannya versi ARM. Ia didatangkan bersama skrin sentuh HD IPS bersaiz 10-inci dengan resolusi 1366×768 pixel, sokongan NFC, mikro-HDMI, kamera hadapan untuk panggilan video dan juga kamera belakang terbina padanya.
Harga jualan untuknya masih tidak diumumkan lagi buat masa ini, dan mungkin akan diketahui ketika jualannya dimulakan pada penghujung Oktober bersama-sama pelancaran Windows 8 kelak.