LibreOffice 3.6 Sedia Untuk Dimuat-Turun

LibreOffice 3.6 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Ogos 9, 2012 oleh .

Selain daripada Microsoft Office, salah satu aplikasi pejabat yang popular dan juga ditawarkan secara percuma adalah LibreOffice. Kini, pembangunnya telah pun melancarkan LibreOffice 3.6, membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Fokus utama pada LibreOffice 3.6 lebih kepada prestasi dan kelajuan, dimana kini ia berfungsi lebih pantas, walaupun ketika membuka dokumen berformat Microsoft Office padanya. Selain itu, LibreOffice 3.6 juga memperlihatkan bilangan kata pada sesuatu dokumen yang dibuka pada Writer terus di bar status, berbeza dengan sebelum ini. Beberapa kemaskini dan fungsi lain turut disertakan bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, dan ingin mencuba alternatif kepada Microsoft Office, anda boleh memuat-turun LibreOffice 3.6 ini untuk Windows, Linux dan juga Mac, serta mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN