Cari @ Amanz

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, akhirnya hari ini, Nokia telah pun menjual aset mereka, Qt kepada Digia, sekaligus memperlihatkan fokus sepenuhnya pihak Nokia terhadap platform Windows Phone. Harga jualan Qt kepada Digia tidak diumumkan kedua-dua pihak.

Dengan penjualan ini, kini Qt akan menjadi tanggungjawab sepenuhnya Digia, dimana mereka akan terus membangunkan platform untuknya, serta menyediakan perkhidmatan yang berkaitan. Digia juga turut mengatakan akan membawakan Qt kepada Android, iOS dan juga Windows 8 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd