Samsung Bakal Menyertakan Skrin Semi-Fleksibel Pada Galaxy Note 2?

Samsung Bakal Menyertakan Skrin Semi-Fleksibel Pada Galaxy Note 2?

Diterbitkan pada Ogos 10, 2012 oleh .

Dalam banyak-banyak peranti keluaran Samsung, selain daripada Galaxy S3, peranti lain yang turut popular sama adalah Samsung Galaxy Note. Dan kini, selain daripada pelbagai ura-ura dan laporan berkaitan Galaxy Note, salah satunya mengatakan yang mana ia akan turut sama menyertakan skrin semi-fleksibel bersama-sama dengannya.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan ia juga telah kedengaran beberapa bulan sebelum ini, namun ramai yang tidak mempercayainya dan menganggapnya sebagai mustahil. Ia diperkatakan sekiranya Galaxy Note 2 menyertakan skrin fleksibel bersama-sama dengannya, ia akan membolehkan Samsung menyertakan bateri yang lebih besar, disamping menjadikan Note 2 lebih nipis lagi.

Laporan terbaru ini masih lagi tidak disahkan oleh Samsung. Galaxy Note 2 bakal diperkenalkan oleh Samsung pada penghujung bulan ini, iaitu pada 29 Ogos kelak, dimana semestinya pada tarikh tersebut, pelbagai perkara berkaitan dengan Galaxy Note bakal terjawab sepenuhnya.


TIPS & ULASAN