Cari @ Amanz

Selepas minggu lepas diketahui yang mana Microsoft bakal menghentikan menggunakan penjenamaan Metro pada produk mereka, kini ia diperkatakan Microsoft bakal mengantikan penggunaan nama Windows 8 sebagai ganti kepadanya.

Sekiranya ia benar, maka kita akan mendengar ganti penggunaan nama seperti “aplikasi Metro” kepada “aplikasi Windows 8” dan sebagainya. Namun, perkara ini mungkin akan menimbulkan sedikit kekeliruan, memandangkan rekabentuk Metro turut digunakan pada Windows Phone, Office 2013 dan sebagainya, dan bukannya Windows 8 sahaja.

Perkara ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Microsoft buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd