Google Translate Kini Membolehkan Anda Menterjemah Teks Pada Gambar

Google Translate Kini Membolehkan Anda Menterjemah Teks Pada Gambar

Diterbitkan pada Ogos 10, 2012 oleh .

Google terus menjadikan sokongan pada Google Translate semakin menarik, dimana selepas memperkenalkan sokongan terjemahan perbualan sebelum ini, kini mereka melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sokongan menterjemah teks pada gambar dengan mudah.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak menyokong terjemahan teks berbahasa Malaysia buat masa ini, sebaliknya para pengguna boleh menggunakan sokongan tersebut untuk menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia dengan mudah.

Sokongan ini boleh digunakan pada peranti Android 2.3 dan terkini buat masa ini, dan bagi mereka yang berminat boleh memuat-turun aplikasi ini secara terus daripada Google Play Store.

Selain daripada untuk Android, fungsi seumpama ini telah pun sedia terdapat pada peranti Windows Phone, yang didatangkan terbina padanya.


TIPS & ULASAN