Carian
HTC Bakal Memperkenalkan Tiga Peranti Windows Phone 8 Baru?
August 10, 2012 Aman

Selain daripada Nokia, kini beberapa ura-ura turut mengatakan yang mana HTC bakal mengumumkan peranti Windows Phone 8 mereka pada minggu ketiga bulan September kelak.

Daripada laporan awal, ia dikatakan sebanyak tiga peranti baru Windows Phone 8 akan diperkenalkan oleh pihak HTC, termasuk telefon pintar asas yang dikenali sebagai “Rio”, pertengahan yang dikenali sebagai “Accord” dan juga telefon pintar berspesifikasi tinggi yang dikenali “Zenith”.

HTC “Rio” dikatakan akan membawakan skrin sentuh bersaiz 4-inci, kamera 5-megapixel, cip pemprosesan dwi-teras Qualcomm Snapdragon MSM8227 dan juga memori sebanyak 512MB RAM.

HTC “Accord” pula dikatakan membawakan skrin sentuh bersaiz 4.3-inci, kamera 8-megapixel, cip pemprosesan QualComm MSM8260A dan juga memori sebanyak 1GB RAM. Telefon berspesifikasi tinggi daripada HTC menjalankan Windows Phone 8, “Zennith” dikatakan akan membawakan skrin sentuh bersazi 4.7-inci, kamera 8-megapixel, dan juga cip pemprosesan empat-teras bersama-sama dengannya.

Komen