Carian
Gambar Samsung Galaxy S Blaze Q Diperlihatkan
August 10, 2012 Aman

Samsung senantiasa hadir dengan pelbagai jenis telefon pintar Android, dan terkini, mereka turut sama bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar baru mereka pada 15 Ogos akan datang ini, yang mana menyertakan papan kekunci QWERTY bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy S Blaze Q ini dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz Snapdragon S4, memori sebanyak 1GB RAM, dan kamera dengan sokongan rakaman video 1080p padanya. Spesifikasi lain masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Jadi, sekiranya kelak dilancarkan di Malaysia, adakah peranti QWERTY daripada Samsung ini akan menjadi pilihan anda?

Komen