Nokia Lumia 900 Menerima Kemaskini Windows Phone

Nokia Lumia 900 Menerima Kemaskini Windows Phone

Diterbitkan pada Ogos 10, 2012 oleh .

Kami tidak pasti sama ada perkara ini sudah lama ataupun sebaliknya. Namun, untuk peranti Lumia 900 yang digunakan oleh kami, hari ini ia menerima kemaskini Windows Phone Tango 7.10.8773.98, membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Antara perkara baru yang disertakan bersama dengannya adalah sokongan permesejan yang baru, membolehkan anda menghantar gambar, video, audio terus melalui mesej teks anda. Selain daripada itu, ia juga menyertakan beberapa perkara lain bersama dengannya, yang kami akan kemaskini dari semasa ke semasa. Beberapa aplikasi baru Nokia turut disertakan bersama-sama kemaskini ini, yang boleh dimuat-turun daripada Marketplace.

Bagi para pengguna Nokia Lumia 900 tempatan, anda boleh menyemak kemaskini untuk peranti anda dengan menghubungkan kepada Zune, dan mengemaskini peranti anda kepada versi terkini Windows Phone.


TIPS & ULASAN