Kabel Internet ASE Akan Dilancarkan Pada 20 Ogos Ini

Kabel Internet ASE Akan Dilancarkan Pada 20 Ogos Ini

Diterbitkan pada Ogos 10, 2012 oleh .

Selain daripada kabel bawah tanah yang mendapat sokonan daripada pelbagai gergasi seperti Facebook dan sebagainya, nampaknya, sebuah lagi inisiatif baru akan akan dilancarkan tidak lama lagi, iaitu Asia Submarine-Cable Express (ASE) seawal 20 Ogos ini.

ASE yang disokong oleh NTT Communications ini akan menghubungkan beberapa lokasi utama, termasuk Jepun, Filipina, Singapura dan juga Malaysia, serta akan diperluaskan ke Hong Kong seawal tahun hadapan.

ASE ini bakal membawakan sokongan teknologi sepantas 40-gigabit per saat, dan akan dinaik-taraf kepada teknologi optikal 100Gbps. Selain daripada sokongan teknologi, kabel baru yang sepanjang lebih 7,800 km ini juga dibangunkan dengan sokongan tahan daripada pelbagai jenis cuaca, termasuk gempabumi dan sebagainya.


TIPS & ULASAN