Google Search Mobile Dikemaskini – Membawakan Fungsi Seumpama Google Now

Google Search Mobile Dikemaskini – Membawakan Fungsi Seumpama Google Now

Diterbitkan pada Ogos 10, 2012 oleh .

Gergasi carian, Google terus menjadikan platform carian mereka menarik dari hari ke hari. Sekiranya pada desktop, para pengguna boleh mengakses sokongan Knowledge Graph, pada peranti mudah-alih pula, kini Google membawakan kemaskini, memperkenalkan beberapa fungsi daripada Google Now padanya.

Daripada kemaskini yang diperkenalkan, para pengguna boleh melakukan carian berbentuk soalan, dan mendapat jawapan dalam kaedah interaktif dan menarik, berbeza berbanding sebelumnya.

Sokongan ini boleh diakses oleh semua pengguna telefon pintar dan juga tablet, dengan hanya melayari laman Google.com hari ini. Namun, sokongan bahasa masih lagi terhad kepada bahasa Inggeris sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN