Anwar Ibrahim Menjadi Pemimpin Politik Terawal Menggunakan Google+ Hangout

Anwar Ibrahim Menjadi Pemimpin Politik Terawal Menggunakan Google+ Hangout

Diterbitkan pada Ogos 10, 2012 oleh .

Media sosial semakin memainkan peranan utama dari hari ke hari, dimana dengan pengenalan Google+ yang membolehkan para pengguna berinteraksi bersama yang lain dalam bentuk masa-nyata melalui sokongan video, kini Anwar Ibrahim menjadi antara pemimpin politik terawal yang menggunakan sokongan tersebut untuk berinteraksi dengan yang lain.

Untuk makluman, Google+ Hangout telah pun sedia popular, dan telah digunakan beberapa kali oleh para pengguna dan juga syarikat tempatan, termasuk Lowyat.net yang sering mengadakan perbincangan berkenaan topik ICT, selain P1 dan lain-lain yang turut menggunakan teknologi tersebut.

Sokongan ini juga turut menjadi salah satu kelebihan laman sosial Google+, yang mana kini penggunanya bertambah dari hari ke hari, apatah lagi, ia adalah antara laman sosial yang mesra dan mudah digunakan melalui peranti mudah-alih Android dan iOS.

Anwar Ibrahim bakal mengadakan Google+ Hangout beliau pada 17 Ogos ini.


TIPS & ULASAN