(Video) Gambaran Konsep iPhone Generasi Baru

(Video) Gambaran Konsep iPhone Generasi Baru

Diterbitkan pada Ogos 11, 2012 oleh .

Selain daripada gambaran berbentuk imej yang diperlihatkan beberapa hari sebelum ini, kini TechRadar menyusunnya semuanya kembali dalam sebuah video menarik, dan mempersembahkannya dalam bentuk yang lebih menarik lagi.

Video ini turut dibangunkan dengan merujuk kepada pelbagai ura-ura dan laporan yang kelihatan diarena web, termasuk memperlihatkan iPhone yang sedikit panjang, kedudukan kamera hadapan diatas speaker, dock yang lebih kecil, dan juga audio jack pada bahagian bawah, sebaris dengan kedudukan dock.

Jadi, dengan pelbagai laporan yang memperlihatkan rekabentuk lebih kurang sama, adakah iPhone akhir kelak turut kelihatan lebih kurang sama?


TIPS & ULASAN